UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PE English
Main Author :Mariani Mohd Nor
Title :Hubungan sikap dan motivasi dengan pencapaian bahasa Inggeris murid Sekolah Kebangsaan Felda daerah Bera (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap Bahasa Inggeris dan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris murid Tahun Lima di sekolah-sekolah kebangsaan FELDA di daerah Bera, Pahang. Seramai 205 orang murid Tahun Lima di lapan buah sekolah telah dipilih melalui persampelan rawak kelompok. Soal selidik Scheffe (2009) digunakan untuk mengumpul data mengenai sikap terhadap Bahasa Inggeris dan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Manakala, maklumat mengenai pencapaian Bahasa Inggeris diperoleh daripada markah Ujian Pertengahan Tahun 2014 yang disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu frekuensi dan peratus serta analisis inferensi iaitu korelasi Pearson dan regresi berganda kaedah stepwise. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian Bahasa Inggeris bagi majoriti responden adalah pada tahap sederhana (69.3%) dan bilangan responden yang lemah dalam Bahasa Inggeris (28.8%) adalah jauh lebih ramai berbanding murid yang cemerlang (2.0%). Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap Bahasa Inggeris dengan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Selain itu, berdasarkan hasil analisis regresi berganda pula, didapati pemboleh ubah utama yang mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris ialah sikap negatif murid terhadap Bahasa Inggeris (F = 30.639, p = 0.001. Kesimpulannya, pencapaian Bahasa Inggeris mempunyai perkaitan yang rapat dengan sikap murid. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pencapaian Bahasa Inggeris boleh ditingkatkan jika sikap negatif murid terhadap Bahasa Inggeris diubah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)